Sabtu, 18 Ogos 2012

Pengenalan: Segmen Blog



Blog ini memaparkan beberapa segmen kepada pembaca.  Segmen-segmen yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

1.   Berfikir Sejenak
Segmen yang mengajak pembaca untuk berfikir sejenak tentang pelbagai perkara yang berlaku di sekeliling mereka untuk dijadikan panduan, renungan dan ikhtibar.

2.   Khazanah, Tips dan Panduan
Mengandungi pelbagai tips dan panduan, khususnya kepada kaum guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah.

3.   Oh, rupanya!
Segmen yang memaparkan sebab akibat berlakunya sesuatu perkara untuk dijadikan sebagai renungan  dan pengajaran dalam hidup.

4.   Asam Garam Duniaku
Perkongsian pengalaman guru dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai guru.

5.   Seindah Bahasa
Segmen yang mengandungi mutiara kata atau kata-kata hikmat yang boleh dijadikan sebagai pedoman dan panduan hidup.

6.   Info Ilmu
Mengandungi pelbagai info dan maklumat khususnya yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan juga pelbagai isu atau artikel, yang diketengahkan untuk pengetahuan semua.

7.   Santai Ilmu
Mengandungi elemen-elemen permainan bahasa seperti teka-teki, soal jawab, teka silang kata, kuiz dan sebagainya.

8.   Tunjuk Ajarku Guru
Segmen yang mengandungi tips dan panduan untuk pelajar.

9.   Analisis Kesalahan Bahasa
Segmen ini diwujudkan untuk membincangkan kesalahan tatabahasa yang sering berlaku dalam penggunaan bahasa Melayu.  Antara kesalahan yang dibincangkan ini ialah kesalahan segi sintaksis, makna dan sebagainya.  Sesi pembetulan yang terdapat dalam ruangan ini diharap akan dapat mempertingkatkan kepekaan kita terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul, sama ada dalam pengungkapan mahupun penulisan.

10.  Seni Kreatif
Segmen ini mengongsikan bahan-bahan atau hasil-hasil kreativiti yang berkaitan dengan bahasa Melayu sama ada yang berbentuk kesusasteraan; penulisan cereka, sajak, pantun, termasuklah perkongsian bahan-bahan pameran tentang bahasa Melayu.

11.  Aktiviti Bahasa
Segmen yang memaparkan pelbagai aktiviti bahasa yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, sama ada yang berlangsung di dalam bilik darjah atau di bilik darjah.

12.  Segmen Ibu Bapa
Segmen khusus untuk ibu bapa yang mengongsikan pelbagai info dan maklumat tentang pendidikan Bahasa Melayu.