Sabtu, 27 Oktober 2012

Tunjuk Ajarku Guru: Perumpamaan



Berikut ialah beberapa peribahasa jenis perumpaan beserta dengan contoh-contoh ayat yang bersesuaian:

1.   Bagai melepaskan batuk di tangga.
Ertinya           :  Membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai.
Contoh ayat :  Janganlah kamu membuat kerja ini bagai melepaskan batuk di tangga saja.

2.   Seperti abu di atas tunggul.
Ertinya           :  Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap, bila-bila masa saja dapat dipecat.
Contoh ayat :  Kedudukan Encik Husaini sebagai pengurus di syarikat itu seperti abu di atas tunggul setelah kecurangannya terbongkar.

3.   Seperti api dalam sekam.
Ertinya           :  Perbuatan jahat atau rindu yang tersembunyi.
Contoh ayat :  Dia seperti api dalam sekam.  Niat jahatnya baru kini diketahui orang.

4.   Seperti hujan jatuh ke pasir.
Ertinya           :  Nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu kerja yang sia-sia.
Contoh ayat :  Nasihat-nasihat kamu itu seperti hujan jatuh ke pasir.  Dia sedikit pun tidak mempedulikannya.

5.   Seperti kera mendapat bunga.
Ertinya           :  Seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain.
Contoh ayat :  Ain seperti kera mendapat bunga kerana hadiah yang kuberikan kepadanya itu tidak dihargainya sama sekali.


Bina ayat bagi setiap perumpamaan berikut.  Panjang ayat tidak kurang dari lapan patah perkataan.

1.   Seperti rumput di tepi jalan.
Ertinya           :  Hidup dalam kemiskinan.
Contoh ayat :  ___________________________________

2.   Seperti lintah menghisap darah.
Ertinya           :  Meminjamkan wang dengan terlalu tinggi.
Contoh ayat :  ___________________________________

3.   Bagai aur dengan tebing.
Ertinya           :  Tolong menolong antara satu dengan yang lain.
Contoh ayat :  ___________________________________

4.   Seperti pahat dengan  penukul.
Ertinya           :  Orang yang hanya bekerja apabila disuruh.
Contoh ayat :  ___________________________________

5.   Seperti bertih direndang.
Ertinya           :  Bunyi bising.
Contoh ayat :  ___________________________________



Tiada ulasan:

Catat Ulasan