Sabtu, 17 November 2012

Aktiviti Bahasa: Pembentangan Kursus Kemahiran Berfikir




Ahli-ahli 'Serambi Pelita Ilmu' bergambar bersama dengan tema baju berwarna biru sebelum sesi pembentangan


Pada hari ini (17hb. November, 2012), siswa-siswi Sarjana dalam Pendidikan Bahasa Melayu sesi 2011/2012 terlibat dengan sesi pembentangan bagi projek kerja kursus EO-5306 Kemahiran Berfikir dalam Pendidikan Bahasa.  Pembentangan diadakan di bilik 2.29 Fakulti Pendidikan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam.  

Sebanyak empat kumpulan yang terlibat dalam sesi pembentangan ini.  Salah sebuah kumpulan yang terlibat dalam pembentangan tersebut adalah kami sendiri iaitu ahli-ahli 'Serambi Pelita Ilmu'.  Kumpulan-kumpulan lain ialah seperti kumpulan 'Mahir Berfikir', kumpulan 'Galaksi Ukiran Minda' dan kumpulan 'Laila Berfikir'.

Cikgu Md. Husaini (salah seorang ahli 'Serambi Pelita Ilmu') ketika sesi pembentangan projek kajian tindakan

Cikgu Mesra (salah seorang ahli 'Serambi Pelita Ilmu') ketika membentangkan

Saya (pembentang ketiga bagi ahli 'Serambi Pelita Ilmu') ketika sesi pembentangan kajian tindakan - menayangkan video perbahasan pelajar

Cikgu Hajah Masnordina (salah seorang ahli 'Serambi Pelita Ilmu')

Setiap kumpulan telah membentangkan dua tajuk untuk dua tugasan kerja kursus.  Tajuk pertama adalah bagi tugasan kajian tindakan, manakala, tajuk kedua adalah bagi tugasan pembinaan blog.  Bagi kumpulan kami iaitu kumpulan 'Serambi Pelita Ilmu', tajuk bagi tugasan kajian tindakan kami ialah 'Upaya Meningkatkan Kemahiran Lisan Pelajar dengan Menggunakan Teknik Perbahasan'.  Melalui pembentangan ini, kumpulan kami telah sempat menayangkan video sesi perbahasan pelajar.  

Bagi pembentangan tugasan pembinaan blog pula, kumpulan kami telah membentangkan beberapa perkara seperti objektif pembinaan blog, pemilihan nama blog, pemilihan cogan kata blog, reka bentuk, segmen-segmen, elemen-elemen kemahiran berfikir dan beberapa perkara lagi.

Hadir bagi sesi pembentangan pada pagi ini ialah pensyarah kursus kami iaitu Dr. Haji Yahya bin Haji Othman dan Cikgu Noradinah binti Haji Jaidi.


Pensyarah kursus kami Cikgu Noradinah dan Dr Yahya


Banyak info yang boleh kami perolehi ketika sesi pembentangan pada pagi ini khususnya yang berkaitan dengan elemen-elemen kemahiran berfikir.  Antaranya tentang teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa seperti  'Enam Kotak Minda' dan Kaedah 'GRASP'. 


 



Disediakan Oleh:
Cikgu Ros Linawati